/>
NABILA NADRAH //
Nelangsa yang hilang 11 Akhir
Sunday, 15 December 2019 | 00:53 | 0KOMEN DISINI
         Perlahan-lahan mata dibuka dan pandangan dari samar-samar menjadi terang. Kini, aku melihat suasana kamarku dan keluarga aku semuanya menunggu aku sedar. Mama menceritakan bahawa aku ditemui dalam hutan dan sudah tiga hari tidak sedarkan diri. Aku hanya senyum saja. Mama dan yang lain pun tidak mahu menanyakan hal selebihnya. Biar aku sorang saja yang mengetahui hal tersebut. Beberapa hari kemudian, aku pergi ke sebuah kampung untuk mencari keluarga Mikail. Berpandukan alamat yang diberi perlahan-lahan aku mencari dan melihat sebuah demi sebuah rumah disitu. Tidak lama kemudian sebuah rumah di pinggir jalan sesuai dengan alamat yang tertera aku yakin bahawa itu adalah rumah keluarga Mikail. Aku turun dari kereta dan salam ku beri. Selepas selesai hajat yang telah diamanahkan oleh Mikail, kini baru aku tahu bahawa kejadian yang menimpa sekolah tersebut sudah 30 tahun berlalu. Sayu saja air muka ibu Mikail. Wanita yang sudah menjangkau usia 60 tahun itu sangat merindukan anaknya.

            Kini, aku jalani hidupku seperti biasa. Mempunyai kerjaya yang tetap dan kehidupan yang lebih baik. Aku berharap kau tenang disana Mikail. Wajah kau akan aku kenang sampai bila-bila. Terima kasih kerana kau pernah hadir di dalam hidupku walaupun pertemuan kita sangat aneh bagi aku.

-Past- | -New-



"> >

 Follow Me  Follow Me