Nelangsa sebuah perkenalan 9
Sunday, 15 December 2019 | 00:48 | 0KOMEN DISINI
Pagi
yang indah aku bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan. Aku telah
memaklumkan kepada orang gajiku bahawa aku mahu menyediakan sarapan. Ini kerana
aku mahu membawa dua bekal. Satu bekal untuk aku manakala satu lagi untuk
Mikail. Bekal ini aku bawa semata-mata sebagai tanda maafku dan salam
perkenalan aku kepada lelaki itu. Aku tahu lelaki tu aneh tetapi aku cuba untuk
berkenalan dengan dia walau apa terjadi. Sikap ingn tahu aku makin membuak buak
mengapa Mikail selalu menyendiri. Setibanya aku di sekolah, aku mencari-cari
kelibat lelaki itu. “Dimanakah dia? Adakah dia tidak hadir harini?” aku
bermonolog sendirian. Tidak lama kemudian selepas loceng pertama berbunyi
kelibat Mikail pun muncul di hadapan mataku. Aku mula senyum kepadanya namun
langsung tidak dibalas olehnya. Aku cuba menyedapkan hatiku bahawa mungkin
percubaan pertama tidak semestinya gagal. Akan dicuba di lain waktu untuk
berkenalan bersamanya.
Mengenai
kelas ini aku mula merasa hairan kerana keadaan sekeliling kelas ini tidak
semoden dengan sekolah-sekolah yang lain. Jika dibandingkan dengan sekolahku
yang lama memang jauh beza la. Meja dan kerusi masih lagi guna yang kayu
manakala papan tulis masih menggunakan kapur bukan pen berdakwat. Masakan tidak
kerajaan terlepas pandang untuk memberi dana atau peruntukkan wang membaik
pulih kepada sekolah ini. Lamunan aku dikejutkan oleh panggilan Lili bahawa
matapelajaran yang kedua bakal bermula. Aku pandang sebelah melihat Mikail
sedang tidur dan mukanya ditutup dengan begnya yang berwarna kelabu. Mungkin
penat mengulang kaji pelajaran agaknya sehingga tertidur di dalam kelas. Aku
tidak sampai hati untuk mengejutnya untuk memberitahu bahawa waktu untuk rehat
sudah pun tiba. Bakalnya aku bawak tadi aku sisipkan di dalam begnya lalu aku
mengeluarkan sebuat nota kecil untuk aku tampal di bekas makanan tersebut.
Perlahan-lahan aku keluar bersama Lili untuk pergi ke kantin.
Setibanya aku di dalam kelas aku
melihat Mikail sudah bangun dan dia menghulurkan bekas makanan yang aku
tinggalkan di dalam begnya. Ucapan terima kasih aku terima dari mulutya. Ini
telah membuatkan salam perkenalan aku bersamanya mungkin berjalan lancar. Aku
mahu berkenalan dengan lebih rapat lagi. Lalu aku menanyakan tentang rasa
adakah sedap atau pun sebaliknya. Mikail membalas rasanya sedap sama seperti
masakan ibunya. Sejak dari itu kami terus berkawan dan sering membuat latihan
serta ulangkaji pelajaran bersama sehinggakan pada suatu petang kami tidak sedar
bahawa jam telah pun menunjukkan pukul 4 petang. Beberapa orang pelajar di
perpustakaan beransur pulang. Oleh kerana Mikail tinggal di asrama tidak
hairanlah waktu sebegitu masih lagi di perpustakaan. Aku meminta diri untuk
pulang kerana hari sudah pun lewat. “Aku pulang dulu ya Mikail. Jumpa esok.”
Pamitku.
Keesokan harinya di makmal sains
pembelajaran untuk subjek itu berjalan seperti biasa. Aku melakukan uji kaji
seperti diminta oleh guruku. Sedang aku sibuk dengan bahan uji kajiku satu tiub
tiba-tiba terjatuh. Aku membongkokkan diriku untuk mengambil tiub tersebut.
Tiba-tiba aku terkejut melihat salah satu kaki daripada pelajar perempuan di
belakangku tidak menjejaki tanah. Seminit kemudian aku menarik nafas sedalam
yang mungkin untuk menghilangkan rasa takut itu. Aku cuba bangun dan berbuat
seperti biasa namun pelajar perempuan tersebut datang kepada lalu membisik
sebaris ayat “mesti kau sudah tahu bukan?” dengan pandangan sinis dan senyuman
yang menakutkan. Aku berasa adakah ini semua realiti atau mimpi semata-mata.
Kejadian di makmal tersebut telah membuatkan aku tertanya-tanya mesti ada yang
tidak kena dengan sekolah lama ini. Lalu, aku mengajak Mikail untuk berjumpa
selepas waktu sekolah habis. Aku mengajaknya berjumpa di belakang bangunan lama
diantara asrama perempuan dengan lelaki. Aku ingin dia cerita akan sejaran
sekolah ini dan mungkin terjadinya sebuah peristiwa yang pernah berlaku dulu.
Riak wajah Mikail bertukar dengan serta-merta. Dia berasa sedih dan menunduk
saja. Mikail membuka mulut lalu menceritakan hal yang sebenarnya.
“Sebenarnya
sekolah ini mempunyai pelbagai kisah. Benar tekaan kau bahawa sekolah ini
memang sekolah lama. Pernah juga terjadinya sekolah ini terbakar akibat
daripada letupan di makmal sains sewaktu itu para pelajar sedang melakukan uji
kaji yang melibatkan bahan kimia kemudian dengan tidak sengaja salah seorang
pelajar di dalam makmal tersebut memasukkan cecair bahan kimia secara
berlebihan. Oleh sebab itu, sekolah ini pernah terjadinya kebakaran.”
Aku
kusyuk mendengar kisah yang disampaikan oleh Mikail. Tiba-tiba guruh kuat
berdentum menandakan hari hendak hujan. Aku meminta izin untuk pulang. Namun,
Mikail tidak membenarkan aku pergi kerana dia belum habis bercerita. Aku tidak
hiraukan panggilan Mikail. Aku terus berjalan lalu aku terlihat pelajar
perempuan yang aku Nampak di dalam makmal sains tadi. Pakaiannya nampak lusuh
sekali. Tangan aku ditarik oleh Mikail. Dia meminta aku untuk senyap. Kami
menyorok di belakang tangga. Aku terpinga-pinga kenapa aku perlu menyorok dari
pelajar perempuan tersebut. Aku cuba tanya pada Mikail apa yag terjadi. Mikail
terus-terus menunjukkan tanda senyap. Selepas pelajar perempuan itu berlalu
barulah Mikail menceritakan apa yang berlaku.
“Sebenarnya
tempat ini tidak selamat untuk kau, Mia! Dari awal lagi aku suruh kau pergi.
Jangan datang sekolah ini. Sebabkan itu la aku tidak menghiraukan kau supaya
kau benci terhadap aku dan kau boleh pindah dari sekolah berhantu ini.” Aku
terkejut dengan apa yang Mikail katakan ini. Apa yang dimaksudkan olehnya..
“Sekolah
berhantu?Apa maksud kau Mikail? Tempat apa ini?”
Aku
mula berasa takut. Aku terus lari keluar dari tempat kami berteduh. Terus
Mikail menghalang aku. Hujan lebat terus-terusan turun. Kini, kami basah kuyup
sama-sama. Mikail memandang aku dengan pandangan yang sayu.
“Mia, sebenarnya aku
adalah salah seorang mangsa dari kebakaran tu. Semua pelajar disini tidak dapat
diselamatkan dari kebakaran itu termasuk aku. Aku terkejut kau boleh masuk ke
dalam sekolah ni dank au boleh berkomunikasi dengan kami disini.”


/>




