Nelangsa sebuah perkenalan 10
Sunday, 15 December 2019 | 00:50 | 0KOMEN DISINI
Aku
dengar dengan penuh teliti apa yang diceritakan oleh Mikail. Rasa seperti
mimpi. Hati ini sudah mula saying dan cintakan dia. Aku ingin bersamanya untuk
seumur hidup. Namun, perbezaan alam antara aku dan dia telah mematikan niat
tersebut.
“Mia,
bolehkah aku minta kau berikan kalung ini kepada keluargaku? Kalung ini sangat
bermakna buat aku. Ni merupakan hadiah aku untuk ibu tetapi apakan daya sewaktu
kebakaran itu aku cuba masuk kembali ke dalam hostel semata-mata untuk
mengambil kalung ini namun nasib buruk menimpaku. Aku terperangkap di
dalamnya.”
Sayu
aku mendengar cerita Mikail. Aku pun tidak boleh bezakan ini semua realiti atau
mimpi. Fikiran aku bercelaru. Semuanya terungkap sedikit demi sedikit.
Sekarang, apa yang Mikail cerita entah masuk akal atau pun tidak. Kalung milik
Mikail bertukar tangan. Akan ku bantu untuk sampaikan kepada ibunya.
“Aku
akan bawa kau keluar dari tempat puaka ni. Tetapi kau kena berhati-hati kerana
penghuni disini semuanya ingin memburu kau kerana kau sudah tahu tempat ini.
Cuma aku ingin kau sentiasa berada dekat dengan aku sehingga la kita sampai ke
pagar besar hadapan tu.”
Aku hanya mengekori langkah Mikail.
Perlahan-lahan kami melangkah. Sesekali kami bersembunyi di belakang tiang dan
tembok serta pepohon besar untuk mengelakkan diri daripada disedari oleh
penghuni disitu. Mikail melindungi aku dengan baik sekali. Aku terhutang budi
kepadanya. Entah bila lagi aku akan bertemu dengan lagi. Sungguh baik lelaki
yang telah mengetuk pintu hati aku. Tanpa aku sedar kami telah pun sampai di
hadapan pagar besar sekolah itu. Namun, pintu itu berkunci. Aku mula panik
tetapi Mikail sedaya upaya menyuruh aku pijak kebelakangnya untuk aku panjat
dan melepasi pintu pagar yang besar itu. Dengan beraninya aku memanjat selepas
beberapa kali percubaan. Akhirnya, aku berjaya melepasi pintu pagar tersebut.
Riak wajah Mikail bagaikan tidak rela untuk melepaskan aku namun apakan daya
dunia kami berbeza. Kelihatan beberapa kelibat di belakang Mikail yang ingin
datang menangkap aku. Disebalik lubang-lubang kecil di pagar tersebut tanganku
mula menyentuh tangan Mikail. Pemisah kami adalah pagar sekolah yang tinggi
itu. Mikail menyuruh aku pergi. Dia menolak badan aku dan pandanganku mula
menjadi gelap.


/>




