/>
NABILA NADRAH //
Nelangsa sebuah perkenalan (8)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:22 | 0KOMEN DISINI


           Masuk sahaja di dalam kelas itu, mata aku meliar memandang dimana tempat yang harus aku duduk. Namun hanya satu tempat kosong sahaja yang tinggal itupun belakang sekali. Dengan langkah yang berat aku pun melangkah ke tempat duduk tersebut. Aku tidak kisah sangat asalkan ada tempat kosong untuk aku duduk. Walaupun tempatku jauh di belakang tetapi aku masih lagi nampak jelas papan hitam di hadapan. Tiba-tiba, mejaku diketuk oleh seorang lelaki yang aku sendiri tidak tahu datangnya dari mana. Lelaki itu memintaku untuk pindah ke meja lain. Namun, sedikit pun aku tidak berganjak kerana tiada tempat lain yang kosong untuk aku duduki. Lelaki itu terpaksa akur untuk duduk disebelahku. Mukanya muram sahaja sepanjang hari. Aku berasa bersalah terhadapnya mungkin dia tidak selesa untuk duduk sebelah perempuan tetapi aku tiada pilihan lain kerana disitu sahaja tempat yang ada. Cemberut saja mukanya. Aku cuba menghulurkan tanganku sebagai tanda perkenalan namun sikit pun tidak dibalas lelaki itu. Aku meneruskan pembelajaran seperti biasa. Memberi tumpuan ketika cikgu sedang mengajar di depan. Loceng kelima telah berbunyi ini menandakan waktu rehat untuk semua pelajar telah bermula. Aku membawa bekal yang disediakan oleh mama. Perlahan-lahan aku makan bersama Lili. Aku akur kerana hari pertama aku di sekolah baharu masih belum ramai lagi orang yang hendak berteman denganku. Aku mula bertanyakan siapa lelaki di sebelahku tadi sewaktu di dalam kelas. Lalu Lili menceritakan serba sedikit perihal lelaki itu. Kini baru aku tahu bahawa namanya Mikail. Seorang pelajar yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Namun, sikapnya yang pasif itu telah membuatkan ramai tidak mahu membuatnya sebagai teman. Mereka semua beranggapan bahawa Mikail itu seorang yang sombong dan selalu ingin menyendiri dari semua pelajar. Hal ini telah mendorong aku untuk berkenalan dengan Mikail. Walaupun mungkin aku tahu apa yang bakal terjadi kelak kerana lelaki tidak menyukai orang  mengambil hal tentang dirinya.
            


-Past- | -New-



"> >

 Follow Me  Follow Me