Nelangsa sebuah perkenalan (7)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:21 | 0KOMEN DISINI
Lima tahun sebelumnya, aku
menjejakkan kaki ke sekolah baruku. Turun sahaja dari kereta aku memandang
sekeliling sekolah itu. Keadaan pagar dan tembok yang kelihatan lusuh dan tidak
bercat itu ku pandang dengan persekitaran sekolah seperti tidak terurus. Aku
mengagak mungkin tukang kebun masih bercuti lagi. Bebola mataku terus memandang
papan tanda yang memaparkan nama sekolah itu lalu mulutku mengungkap
perlahan-lahan tulisan yang tertulis SMK Sri Chempaka. Riak wajahku biasa
sahaja. Tiada apa yang menarik dengan nama sekolah itu berbanding dengan
sekolah lamaku yang lebih elit dan popular. Pelajar disana semuanya dari golongan
keluarga atasan malah anak menteri juga turut dihantar bersekolah disitu. Tidak
lama kemudian bahuku terasa seperti disentuh oleh seseorang. Aku terkejut dan
terus memandang kearah si empunya badan yang cuba memeranjatkan aku tadi. Aku
mula menanyakan siapa namanya lalu gadis itu mengatakan bahawa namanya Lili dan
gadis itu terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku menyambut
salamnya itu tanpa ragu-ragu mungkin ini sebagai tanda perkenalan aku dengan
pelajar baru disini. Sewaktu tanganku mula menyentuh tangan Lili aku merasa
tangannya dingin seperti ais. Aku mula bertanya tentang keadaan tangannya itu yang
berkemungkinan gadis itu tidak sihat atau mempunyai darah gemuruh yang tinggi namun
jawapan yang diberikan oleh Lili mengatakan bahawa dia tidak apa-apa dan
mungkin kerana hasil dari penghawa dingin kereta yang dinaikinya tadi. Lili
dengan pantas mengajak aku untuk masuk kedalam sekolah kerana sebentar lagi
kelas bakal bermula dan ini turut menjadi kelas pertamaku untuk penggal yang
kedua di sekolah yang baru.


/>




