Nelangsa sebuah perkenalan (6)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:21 | 0KOMEN DISINI
Jam menunjukkan
pukul lima petang. Ini menandakan jam bekerja sudah tamat. Aku berasa malas
untuk pulang ke rumah jadi aku ingin berjalan-jalan sebentar ke tasik yang
selalu aku pergi untuk menghilangkan rasa penat selepas penat lelah bekerja.
Kehidupan aku kini lebih baik selepas dapat menamatkan Sarjanamuda
Kejuruteraan Awam dengan Kepujian. Kini aku bekerja sebuah syarikat industri di
ibu kota. Sesudah sampai aku terus membeli buah-buahan potong yang dijual oleh
seorang pakcik di sekitar tasik itu. Tenangnya melihat tasik yang jernih sambil
menikmati buah yang baru kubeli tadi. Perlahan-lahan aku gigit buah potong
tersebut dan menikmati suasana di situ sambil melihat sekumpulan remaja memakai
seragam sekolah. Aku teringat zaman persekolahan dulu dan pernah memakai
pakaian seragam seperti mereka. Tatkala itu kenangan lima tahun lepas mula
terimbas kembali. Bebola mataku mula berasa panas lalu air jernih dari mataku
mulai turun membasahi pipiku. Rindunya aku terhadapnya. Seseorang yang aku
pernah cintai.


/>




