/>
NABILA NADRAH //
Nelangsa sebuah perkenalan (5)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:19 | 0KOMEN DISINI

   Hari silih berganti. Aku mulai jalani hari hari aku seperti biasa. Betullah cakap orang, cinta itu buta. Semuanya nampak indah. Sikit pun tiada buruknya. Lagi-lagi untuk aku yang mula untuk merasa dan cuba mengenali apa itu cinta. Setiap hari aku cuba untuk melupakan dia. Mulanya berat tetapi bila sudah lama aku cuba dan terus cuba aku semakin berjaya untuk tidak bergantung terhadap bayang-bayang dia. Terima kasih kerana mengajar aku erti kehidupan dalam mengenal seseorang walaupun pahit bak hempudu namun aku terus kuat dan bangkit. Apa yang aku rasakan selama ini banyak mendorong aku bahawa mengenali seseorang itu perlulah secara bersederhana.

       Bayang-bayangnya semakin hari semakin menghilang. Aku tidak lagi merasa akan kehilangannya walaupun sudah lima tahun peristiwa itu berlaku. Biarkan kenangan itu terus hilang dan aku tidak ingin untuk mengingatinya lagi. Hati ini tidak masih terbuka untuk yang lain. Mungkin kehadirannya sebagai pengajaran untuk aku dan dapat mendewasakan aku dalam membuat keputusan, Sang pencipta itu masih menyayangi aku untuk aku terus belajar kenapa dan mengapa berlakunya perkenalan ini. Aku terus Tersenyum untuk jalani hidupku seperti biasa. Mulanya tidak mudah untuk aku tetapi hari bersilih ganti aku terus melangkah meninggalkan bayang-bayang itu. Namun, peristiwa semalam memeritkan hati aku yang semakin pulih untuk melupakan dia. Bukan bayangnya yang selalu menghantui aku tapi jasadnya yang muncul dan dilihat oleh pancainderaku. Iras wajahnya tidah berubah walaupun sedikit. Mungkin kumis nipis sahaja yang mulai tumbuh di dagunya. Itu langsung tidak menjadi penghalang untuk aku dari mengenal mukanya. Mungkin orang sekeliling nampak aku bangkit dan kuat untuk lupakan dia tetapi raut wajahnya tidak pernah aku lupakan.

          

-Past- | -New-



"> >

 Follow Me  Follow Me