/>
NABILA NADRAH //
Nelangsa sebuah perkenalan (4)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:18 | 0KOMEN DISINI


Kejadian petang semalam telah membangkitkan ingatan aku terhadap ‘dia’. Perkenalan aku dengan dia tidak panjang. Tidak sampai setahun kami kenal. Hari-hari aku indah bila bersama dia. Perkenalan yang tidak dirancang oleh aku tetapi sudah tertulis oleh sang pencipta. Aku merasakan dia seorang lelaki yang baik. Cara perwatakan yang dibawa olehnya sering menarik hati dan akal fikiran aku untuk lebih mengenalinya. Selepas beberapa bulan kami berkawan, hubungan antara aku dan dia menjadi semakin rapat daripada seorang kawan biasa menjadi teman istimewa kerana aku bukan seorang yang peramah untuk bergaul dengan orang yang belum pernah aku kenal. Lagi-lagi selepas mamaku meminta untuk aku berpindah sekolah yang lebih dekat dari rumah selepas beberapa bulan kami berpindah ke rumah baharu. Hati aku mula sayangkan dia. Akal fikiranku sering memikirkan hal dia. Bagi umurku yang baru menginjak belasan tahun ini langsung tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan yang istimewa. Aku tidak pernah menganggap seseorang itu lebih dari seorang teman. Semuanya hanya aku anggap sebagai teman biasa. Namun, perasaan yang lama aku pendam berakhir apabila dia menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk meneruskan perhubungan ini. Aku terkedu, kenapa baru sekarang dia mengatakan semuanya. Bibit-bibit cinta yang dia tanam di dalam hatiku selama ini musnah begitu saja. Aku benci! Kenapa? Mengapa? selepas semua harapan, cinta dan kasih sayang yang dia beri kepada aku kemudian ditinggalkan begitu saja ibarat gantung tidak bertali. Aku masih ingat lagi kata-katanya terhadap aku yang mengatakan dia bukan manusia biasa. Pada waktu itu aku hairan dan sehingga kini apa maksud yang ingin disampaikan olehnya. Persoalan itu tergantung begitu sahaja. Persoalan demi persoalan yang aku sendiri tidak dapat jawabannya. Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan tadi apabila petir mula sambar menyambar. Hati aku menggumam bahawa hujan lebat bakal turun. Gerimis yang turun tadi bakal bertukar menjadi lebat. Tiba-tiba bulu romaku mula berdiri tegak. Seakan-akan ada seseorang sedang memerhati dari jauh. Aku cepat-cepat menutup jendela yang tadi dan menarik rapat kedua dua langsir menutup tingkap.  Dalam hujan yang semakin lebat turun membasahi bumi berdiri seorang lelaki disebalik pohon yang menghadap jendela kamar Mya. Matanya mula mengeluarkan air jernih menunjukkan kesedihannya bahawa dia tidak boleh mendekati gadis itu. “Aku rindu kau Mya.”

          

-Past- | -New-



"> >

 Follow Me  Follow Me