Nelangsa sebuah perkenalan (3)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:17 | 0KOMEN DISINI
Jam menunjukkan pukul sebelas malam di dalam
kamarku. Disebalik jendela kaca aku
memandang gerimis yang mulai turun membasahi tanah. Jendela kacaku buka untuk
mendapatkan rasa dingin gerimis itu. Salah satu nikmat Allah SWT buat hamba-Nya
setelah bahang asyik menyentuh badanku. Rindunya aku kepada nikmat-Nya yang satu
ini. Syukur! Hujan yang tidak begitu lebat sekadar gerimis sahaja aku tenung
menggunakan bebola mataku. Kurasa redup sahaja. Hidungku mula menghidu bauan
gerimis yang jatuh ke tanah, peparuku mula mengembang dipenuhi udara sambil
mataku tertutup rapat menikmati momen sebegini. Perlahan-lahan udara yang
memasuki peparu aku hembus. Tekaan aku tadi benar bahawa malam akan hujan.
Terangnya bulan hanya sebentar. Pada ketika itu, benakku mula mengimbas kembali
kejadian petang tadi. Seseorang yang melintasi jalan tanpa memikir akan
keselamatan dirinya seperti kelihatan sangat tergesa-gesa. Aku yang baru pulang dari tasik selepas
melihat matahari menyembunyikan dirinya tanpa kusedari aku telah melanggar
seseorang. Aku mula panik! Apa yang harus aku buat dengan dia. Aku takut! Aku
takut dia cuba menipu aku atau cuba berbuat perkara yang tidak baik terhadap
diriku. Namun, apa yang aku lihat keadaannya yang tidak begitu parah dan dia
cuba untuk bangun lalu mula mengangkat tangan terhadap aku sebagai tanda yang
dia tidak apa-apa. Pada ketika itu, dia mula mengangkat wajahnya. Aku yang
masih berada didalam keretaku terus memandangnya tidak berkedip walau sesaat
pun. Jantungku yang mulai reda berdegup hasil daripada pelanggaran tadi, mula
berdegup kembali selepas melihat wajahnya. Ketika itu lebih laju berbanding pada
awal tadi. Aku tergamam kerana 'dia' yang aku kenal.


/>




