Nelangsa sebuah perkenalan (2)
Wednesday, 27 November 2019 | 08:16 | 0KOMEN DISINI
Matahari
dengan cahaya merah memekat itu terus memudarkan sinarannya kemudian digantikan
dengan cahaya bulan yang putih untuk menerangi kepekatan malam. Dingin rasanya
bagai malam itu hendak hujan tetapi dengan munculnya bulan penuh aku cuba
menyangkal perasaanku. Cepat-cepat aku mencapai kunci keretaku lalu memecut
laju membelah kepekatan malam. Sesudah sampai saja dirumah keriangan
adik-adikku menyambut halwa telingaku. Aku tersenyum. Aku terus melangkah
mencari keriuhan suara suara mereka. Kedua ibu bapaku sibuk menjalankan
perniagaan di ibu kota yang mereka sama sama bina dari awal sehingga gah
berdiri kukuh seperti sekarang. Jadi jarang sekali mereka berada di rumah.
Tinggallah aku dan adik adikku dijaga oleh pembantu rumahku. Namun, walaupun
kedua ibu bapaku sibuk untuk mencari rezeki buat kami adik beradik aku tetap
bersyukur kerana masih diberi kasih sayang yang cukup dari mereka. Perlahan
lahan tangga marmar rumah banglo tiga tingkat itu aku daki sehingga sampai di
tingkat dua aku melihat adik-adikku sedang bermain riang sambil menonton
televisyen. Satu persatu aku mencuri pandang wajah wajah orang yang aku sayang.
Sungguh aku takut! Aku takut kehilangan orang yang aku sayang. Aku takut sinar
yang ada sekarang hilang walaupun aku tahu semua yang aku miliki sekarang bukan
hak aku tetapi milik Allah SWT. Aku mulai fikir jika aku kehilangan sinar ini
mungkin ia terus hilang dan pudar sehingga aku tidak akan melihat sinar itu
lagi. Mereka sumber kekuatan aku. Tidak seperti sinaran matahari yang hilang
pada waktu senja tetapi akan mula bersinar pada waktu pagi berikutnya untuk
menerangi segenap alam di muka bumi ini.


/>




