Nelangsa sebuah perkenalan (prolog)
Friday, 20 September 2019 | 08:23 | 1KOMEN DISINI
PETIR sambar menyambar. Air hujan lebat membasahi bumi. Aku
dan Mikail sama sama dibasahi air hujan. Masing-masing tenung dengan pelbagai
rasa dan persoalan. Pohon besar dibelakang sekolah menjadi tempat kami
berteduh. Airmata yang bercampur dengan titisan hujan akhirnya gugur. Sesingkat
ini perkenalan aku dan dia maka terungkap sebuah persoalan yang terkeluar dari
mulut Mikail.
“Mya, aku hendak memberitahu kau bahawa aku
bukan manusia biasa seperti kau.”
Aku memandangnya
dengan pandangan aneh. Tercengang-cengang aku disitu. Apa yang dimaksudkan oleh
Mikail sebentar tadi. Aku bermonolog sendirian. Hujan lebat terus-terusan
turun. Pandanganku mula kabur lalu apa yang kulihat semuanya hitam dan gelap.
Perlahan-lahan wajah Mikail kabur. Tangan dingin Mikail menyambutku dan
pandanganku terus gelap.
Lima tahun berlalu, nama
aku Mya. Aku suka melihat keindahan terbenamnya matahari. Tenangnya
melihat matahari mula menunduk dan menghilang di bawah garis cakrawala di sebelah barat. Tidak semua
manusia suka akan perginya sinaran matahari. Namun, sudah tertulisnya sejak
azali kejadian sang pencipta buat hambanya. Aku suka melihatnya matahari mula
bertukar kemerahan dan itu menandakan pekatnya malam bakal tiba. Bagi aku bukan
pandangan kosong yang aku lontarkan tetapi pada waktu itu aku mulai fikir apa
yang akan jadi pada hidup aku pada masa yang akan datang. Dapatkah aku
melihatnya lagi? Melihat sinaran baru lagi? Melihat orang orang yang aku sayang
lagi? Keluargaku? Rakan-rakan aku? Benakku terus melontarkan persoalan demi
persoalan kepada diriku bagaikan orang yang dahagakan jawaban untuk dijawab.
Namun, aku tidak tahu jawaban apa yang harus aku berikan untuk persoalan itu.
Jadi aku biarkan ia tergantung kerana aku tahu semuanya sudah tertulis sejak
aku berada didalam perut ibuku.
-
-
-
-
-
-
Matahari
dengan cahaya merah memekat itu terus memudarkan sinarannya kemudian digantikan
dengan cahaya bulan yang putih untuk menerangi kepekatan malam. Dingin rasanya
bagai malam itu hendak hujan tetapi dengan munculnya bulan penuh aku cuba
menyangkal perasaanku. Cepat-cepat aku mencapai kunci keretaku lalu memecut
laju membelah kepekatan malam. Sesudah sampai saja dirumah keriangan adik-adikku
menyambut halwa telingaku. Aku tersenyum. Aku terus melangkah mencari keriuhan
suara suara mereka. Kedua ibu bapaku sibuk menjalankan perniagaan di ibu kota
yang mereka sama sama bina dari awal sehingga gah berdiri kukuh seperti
sekarang. Jadi jarang sekali mereka berada di rumah. Tinggallah aku dan adik
adikku dijaga oleh pembantu rumahku. Namun, walaupun kedua ibu bapaku sibuk
untuk mencari rezeki buat kami adik beradik aku tetap bersyukur kerana masih
diberi kasih sayang yang cukup dari mereka. Perlahan lahan tangga marmar rumah
banglo tiga tingkat itu aku daki sehingga sampai di tingkat dua aku melihat
adik-adikku sedang bermain riang sambil menonton televisyen. Satu persatu aku
mencuri pandang wajah wajah orang yang aku sayang. Sungguh aku takut! Aku takut
kehilangan orang yang aku sayang. Aku takut sinar yang ada sekarang hilang
walaupun aku tahu semua yang aku miliki sekarang bukan hak aku tetapi milik
Allah SWT. Aku mulai fikir jika aku kehilangan sinar ini mungkin ia terus
hilang dan pudar sehingga aku tidak akan melihat sinar itu lagi. Mereka sumber
kekuatan aku. Tidak seperti sinaran matahari yang hilang pada waktu senja
tetapi akan mula bersinar pada waktu pagi berikutnya untuk menerangi segenap
alam di muka bumi ini.


/>




