Nelangsa sebuah perkenalan (1)
Saturday, 21 September 2019 | 07:07 | 0KOMEN DISINI
Petir sambar menyambar. Air hujan lebat
membasahi bumi. Aku dan Mikail sama sama dibasahi air hujan. Masing-masing
tenung dengan pelbagai rasa dan persoalan. Pohon besar dibelakang sekolah
menjadi tempat kami berteduh namun air hujan tetap terkena juga. Airmata yang
bercampur dengan titisan hujan akhirnya gugur. Sesingkat ini perkenalan aku dan
dia maka terungkap sebuah persoalan yang terkeluar dari mulut Mikail. “Mya,
saya hendak memberitahu kamu bahawa saya bukan manusia biasa seperti kamu.” Aku
memandangnya dengan pandangan aneh. Tercengang-cengang aku disitu. Apa yang
dimaksudkan oleh Mikail sebentar tadi. Aku bermonolog sendirian. Hujan lebat
terus-terusan turun. Pandanganku mula kabur lalu apa yang kulihat semuanya
hitam dan gelap. Perlahan-lahan wajah Mikail kabur. Tangan dingin Mikail
menyambutku dan pandanganku terus gelap.
Lima tahun berlalu, nama
aku Mya. Aku suka melihat keindahan terbenamnya matahari. Tenangnya
melihat matahari mula menunduk dan menghilang di bawah garis cakrawala di sebelah barat. Tidak semua
manusia suka akan perginya sinaran matahari. Namun, sudah tertulisnya sejak
azali kejadian sang pencipta buat hambanya. Aku suka melihatnya matahari mula
bertukar kemerahan dan itu menandakan pekatnya malam bakal tiba. Bagi aku bukan
pandangan kosong yang aku lontarkan tetapi pada waktu itu aku mulai fikir apa
yang akan jadi pada hidup aku pada masa yang akan datang. Dapatkah aku
melihatnya lagi? Melihat sinaran baru lagi? Melihat orang orang yang aku sayang
lagi? Keluargaku? Rakan-rakan aku? Benakku terus melontarkan persoalan demi
persoalan kepada diriku bagaikan orang yang dahagakan jawaban untuk dijawab.
Namun, aku tidak tahu jawaban apa yang harus aku berikan untuk persoalan itu.
Jadi aku biarkan ia tergantung kerana aku tahu semuanya sudah tertulis sejak
aku berada didalam perut ibuku.


/>




